Thursday, August 27, 2009

MASYARAKAT ISLAM ZAMAN BANI UMAYYAH

Pengenalan
Kerajaan Bani Umayyah diasaskan oleh Muawiyah Bin Abu Sufian pada tahun 661 M. Beliau daripada keturunan Bani Umayyah, bekas Gabenor Syam dan seorang pemimpin yang pintar dan mempunyai fikiran yang tajam. Penubuhan Kerajaan Bani Umayyah menyebabkan sistem pemerintahan demokrasi dan pemilihan Khalifah Islam berdasarkan Sistem Syura lenyap dan mewujudkan sistem pemerintahan monarki dan pemilihan Khalifah Umayyah berdasarkan sistem warisan. Kerajaan Bani Umayyah dibahagikan kepada 3 tahap iaitu
-tahap kelahiran (661-705 M),
-zaman kemajuan dan pembangunan (705-724 M) dan
-zaman kehancuran (724-750 M). Pada zaman ini, masyarakat Islam terbahagi kepada golongan pemerintah, kaum Mawali, golongan Zimmi dan golongan hamba.

Golongan Pemerintah
Golongan pemerintah diterajui oleh keluarga dari Bani Umayyah. Nama ini diambil sempena nama ketua keluarga Umayyah Bin Abd Syams Bin Abdul Manaf Bin Qusay Bin Kilab dari keturunan Quraisy. Kerajaan ini diperintah oleh dua keluarga besar iaitu keluarga Abu Sufian (23 tahun) dan keluarga Marwan (68 tahun).

Terdapat 3 orang Khalifah dari keluarga Abu Sufian iaitu
Muawiyah Bin Abu Sufian (661-680),
Yazid Bin Muawiyah (680-683) dan
Muawiyah Bin Yazid (683).

Bagi keluarga Marwan, terdapat 11 orang Khalifah dimana kumpulan pertama dimulakan oleh Marwan I Bin al- Hakam (684-685) dan diakhiri oleh Hisham Bin Abdul Malik (724-743). Khalifah bagi kumpulan kedua ialah al-Walid II bin Yazid, Yazid III Bin al-Walid, Ibrahim Bin al-Walid dan Marwan Bin Muhammad. Semasa keluarga Abu Sufian, masyarakat Islam aman dan stabil. Ketika keluarga Marwan mengambilalih pemerintahan, negara Islam tidak stabil dan kucar-kacir. Keadaan ini diselamatkan oleh Abdul Malik Bin Marwan. Dengan itu, Kerajaan Bani Umayyah mulai mengalami zaman kegemilangan. Khalifah Umar Bin Abdul Aziz telah menegakkan semula sebuah komuniti Islam yang teguh tetapi penggantinya tidak berhati-hati, cuai dengan tanggungjawab menyebabkan usaha Umar disia-siakan. Sebahagian besar corak kehidupan Khalifah Kerajaan Bani Umayyah terikut dengan corak pemerintahan Kerajaan Byzantine dengan dikelilingi kemewahan dan hiburan. Perpecahan masyarakat ketara. Antara gerakan penentangan yang terkenal ialah gerakan Azariqah dan Najdiyah.

Golongan Mawali

Terdapat dua pandangan.
Pandangan pertama - negatif. Ia disokong oleh J. Wellhausen, Goldziher dan Belyaev. Mereka berpendapat bahawa Mawali tidak
mempunyai tempat dalam pemerintahan dan pentadbiran. Ia disebabkan pemerintahan Bani Umayyah berlandaskan semngat Asabiyah keturunan Arab. Oleh itu, orang Arab diberi keutamaan dalam semua perkara manakala kaum Mawali tidak dapat memegang jawatan penting dan tidak bebas bergerak.

Dari segi ekonomi, mereka merupakan golongan berpendapatan rendah dan
tidak menerima ganjaran atau sara hidup yang tetap dalam perkhidmatan ketenteraan.

Dari segi sosial, golongan Mawali tidak boleh berkahwin dengan perempuan Arab. Pernah dikatakan bahawa golongan Mawali ini diperintah untuk balik ke Kufah bagi
mengusahakan pertanian. Tangan dan kaki mereka dicop dengan nama kampung supaya dapat dikesan.

Dari segi Agama, kaum
Mawali tidak boleh solat bersama-sama kaum Arab sehinggalah beberapa buah masjid dibina khusus untuk Mawali. Mereka dikehendaki membayar jizyah (cukai perlindungan) walaupun beragama Islam.

Pandangan kedua menghala ke positif. Dari segi pemerintahan dan pentadbiran, mereka dikatakan memainkan peranan penting. Mereka telah menjadi pegawai Jabatan Kewangan (Diwan al-Kharaj).
Sebagai contoh, Maymun Bin Mihran menjadi Pengarah Jabatan Cukai di Jazirah oleh Umar dan Ubaidullah Bin Barray menjadi Pengarah Jabatan Cukai di Iraq oleh Muawiyah. Selain itu, mereka juga menjadi pegawai Jabatan Urusetia (Diwan al-Khattam) yang bertanggungjawab mengecap surat rasmi kerajaan. Kerja ini merupakan kerja yang sulit dan rahsia dan memerlukan orang ikhlas dan jujur serta amanah. Sebagai contoh, Junah (oleh Khalifah Abdul Malik), Syu'aib al-Sabi (oleh Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik), Amir Binal-Harith dan Qatan (oleh Khalifah Yazid Bin al- Walid). Mereka juga pernah menjadi pegawai Jabatan Perhubungan Awam (Diwan al-Rasa'il) seperti al-Laith Abi Ruqayyah, Rusydayn dan Salim. Mereka juga berkhidmat sebagai pengawal dan penjaga istana. Tuganya ialah menjaga keselamatan istana dan dibayar gaji setimpal dengan kerja yang dilakukan. Contohnya Abu Mukhriq dan Khalid Bin Dayyan. Rabah, Khalid, Safwan dan Jubayr pula menjadi Hajib yang bertugas menyoal siasat pengunjung istana sebelum masuk bertemu dengan Khalifah. Di Afrika Utara dan Maghribi, Abu al-Muhajir Dinar dan Yazid Bin Abu Muslim menjadi Gabenor wilayah.

Dari segi ekonomi, mereka hidup kaya raya seperti Fairuz Husayn. Hal ini membuktikan bahawa bukan semua kaum Mawali hidup dalam kemiskinan.

Dari segi ketenteraan, ia dimonopoli oleh orang Arab dan tiada jawatan yang diberi kepada kaum Mawali. Angkatan tenteranya diketuai oleh orang Arab Syria sama ada keturunan Yaman atau Qais. Bani tentera pembantu, ia terdiri daripada kaum Arab dan Mawali. Tentera Arab didaftar dan dibayar gaji manakala tentera Mawali berkhidmat sebagai tentera infanteri, tidak didaftar dan dibayar gaji.

Gerakan Penentangan Bani Umayyah

Gerakan Azariqah
Gerakan ini dipimpin oleh Azraq Bin Nafi. Is muncul di Basrah pada 683 M berikutan dengan penyingkiran Ubaidullah Bin Ziyad dan kematian Khalifah Yazid I. Kemudiannya, gerakan ini berpindah ke Ahwaz dan Kirman dan berjaya memberi tentangan hebat kepada Ibn al-Zubayr. Jumlah tenteranya ialah 20,000 orang. Mereka berjaya menguasai Ahwaz, Fars, Kirman, Isfahan dan Tabaristan. Pemimpin yang lain bagi gerakan ini ialah Qatari Bin Fuja'ah. Doktrin kaum Azariqah ialah:-

(1) orang yang berzina, derhaka kepada ibu bapa, membunuh dianggap kafir dan kekal dalam neraka;
(2) menghukum kafir ke atas orang yang tidak menyertai Azariqah; dan
(3) mengharuskan rampasan harta benda orang yang mengingkari mereka.

Najaiyah
Gerakan ini diasaskan oleh Najdah Bin Amir al-Hanafi. Ia muncul serentak dengan Gerakan Azariqah. Dari segi matlamatnya, ia sama dengan Azariqah iaitu menjatuhkan Bani Umayyah dan kuasa Ibn al-Zubayr. Pada permulaannya, gerakan ini bekerjasama dengan Azariqah tetapi disebabkan perbezaan ideologi, akhirnya berpecah. Perbezaan ini berlaku dimana Azariqah mengamalkan konsep isti'rad (menghalalkan darah sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka) dan Najdiyah menganggap ia terlampau. Golongan Najdiyah berpendapat bahawa mereka yang tidak sokong hanya boleh dikenakan kafir apabila mereka menentang. Najdiyah menubuhkan komuniti sendiri, mengamalkan al-Quran mengikut tafsiran mereka. Mereka tidak mewajibkan adanya Khalifah tetapi perlu mematuhi al-Quran. Mereka terdiri daripada kaum Badwi dan lebih bergiat dalam politik dan ketenteraan berbanding dengan teologi.

Penentangan Kaum Syi'ah
Penentangan bermula sejak zaman Muawiyah Bin Abu Sufian. Pembunuhan Husayn di Karbala menaikkan semangat mereka untuk
menentang Muawiyah. Berikutan peristiwa karbala, wujud golongan al-Tawwabun pimpinan Sulayman Bin Surad al-Khuza'i (pengikut Khalifah Ali yang setia). Golongan ini berasa berdosa dan bertaubat kerana tidak mempertahankan Husayn dan bagi menebus dosa, mereka mesti berjuang dan berkorban bagi menentang Bani Umayyah. Perjuangan Syi'ah disambung baik oleh Mukhtar. Perjuangan al-Mukhtar berbeza dengan kaum Syi'ah kerana:-

(a) orang pertama memperjuangkan hak dan kedudukan
Muhamamd al-Hanafiyah. Sebelum itu, kaum Syi'ah memperjuangkan hak dan kedudukan Husayn;
(b) orang pertama menonjolkan
jawatan Wazir yang tidak pernah dilakukan oleh Syi'ah;
(c) tindakannya tidak direstui oleh Muhammad al-Hanafiyah; dan
(d) cuba memihak kaum Mawali menyebabkan kaum Syi'ah kecewa. Kaum Mawali menyokong al-Mukhtar kerana perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan Bani Umayyah yang bersifat perkauman Arab. Al-Mukhtar telah mengambil kesempatan ini untuk memperkukuhkan kedudukannya.

MASYARAKAT ISLAM ZAMAN ABBASIYAH

Pengenalan
Kerajaan Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 M. Pusat pemerintahannya di Kota Baghdad. Khalifah pertama Kerajaan Abbasiyah
ialah al-Abbas al-Saffah. Kerajaan ini mengamalkan sistem berdasarkan sistem warisan. Kerajaan ini diperintah oleh 37 orang
Khalifah dari tahun 750-1258 M. Kerajaan mencapai kegemilangan pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya
al-Makmum.

Ciri-ciri Masyarakat Abbasiyah

Semangat Fanatik Orang Arab Makin Luntur
Sebab: tampuk pemerintahan dipengaruhi oleh bangsa asing.
Ramai Khalifah beristeri berketurunan Parsi dan Turki.
Begitu juga bagi orang Arab yang lain - beristeri bangsa asing melalui sistem poligami, gundik atau hamba abdi.

Kedudukan Kaum Wanita
Dikawal ketat pada awalnya.
Zaman berikutnya - mulai terlibat dalam urusan pentadbiran, contoh isteri Khalifah al-Mahdi, al-Khayzurum dan isteri Harun al-Rasyid, Zubaidah.
Adanya yang menyertai peperangan, mengetuai golongan penyair, terlibat dalam bidang intelektual dan kesenian.
Zaman akhir - kedudukan jatuh ke paras yang rendah - sebab: merebaknya sistem gundik yang berlebihan serta kealpaan yang mengikut hawa nafsu dan hidup yang lebih materialistik.

Sistem Perhambaan

Semakin meluas.
Kebanyakan digunakan oleh Khalifah, Wazir dan pembesar bukan Islam.
Diperolehi melalui paksaan atau tawaran perang atau dibeli.
Kebanyakan keturunan Negro, Turki, Yunani, Slav, Armania dan Barbar.
Hamba perempuan yang masih perawan dijadikan penyanyi, penari atau gundik.

Golongan Masyarakat
2 golongan utama:
(a) golongan atasan - bangsawan, pembesar, panglima, sasterawan, sarjana, pelukis, saudagar, pemahat
dan golongan pemahat yang lain;
(b) golongan bawahan - petani, pengembala, penduduk Zimmi.
Orang Kristin diberi layanan baik - ada yang dilantik menjadi Wazir dan pegawai tinggi - dibenarkan menghantar pengembang agama ke China dan India.

Sukan
Berkembang pesat.
Permainan catur diperkenalkan semasa Khalifah Harun al-Rasyid.
Permainan lain: memanah, memburu, berlumba kuda, polo, melontar lembing.

MASYARAKAT ISLAM DI CHINA

Pengenalan
Agama Islam disebarkan ke negeri China sejak abad ke-7 M. Islam masuk ke China dari negeri Arab melalui jalan darat dan jalan
laut. Sambutan masyarakat China terhadap agama Islam tidak menggalakkan kerana perasaan curiga penduduk tempatan terhadap
agama bangsa lain.

Cara Kemasukan Islam ke China
Versi Pertama
Dibawa oleh Hamzah Bin Hamzah (anak Hamzah Bin Abi Talib).
Beliau bersama 3,000 orang Muhajirin pergi ke China dan menetap di San Gan Foo.

Versi Kedua
Semasa Maharaja Yung Wei (Dinasti Tang), utusan dari Tanah Arab pimpinan Saad Bin Abi Waqas bersama 15 orang
Muhajirin menghadap Maharaja Yung Wei.
Mereka dibenarkan berdakwah di China dan satu masjid didirikan di Cheng-san.

Versi Ketiga
Pimpinan dakwah Islamiyah yang pertama dipimpin oleh Saad Bin Lubayd.
630 M, beliau tiba di Canton.
Menjalankan aktiviti dakwah di Chuan Chow, Chong Chow dan Canton.
Sebuah masjid dibina di Canton iaitu Masjid Kwang Tah Se.

Hubungan Awal Arab-China
Pada zaman Khalifah Uthman Bin Affan, Maharaja Kao Tsung membantu Firuz Bin Yezdegird III (Raja Parsi)
melancarkan serangan balas terhadap tentera Islam di Khurasan - tetapi gagal.
Khalifah Uthman mengirim perwakilan - menyebutkan bantahan - Lalu, hubungan diplomatik diadakan.
Semasa Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik, tentera Islam mara ke sebelah Barat negeri China, memasuki Sinkiang dan
Kansu.
Utusan dihantar kepada Maharaja Hsuan Tsung - diterima - aktiviti dakwah disebarkan secara meluas di China.

Perkembangan Islam di China
Peringkat Awal
Terdiri daripada pendatang Arab dan Parsi.
Berkahwin dengan wanita tempatan dan seterusnya berasimilasi dengan masyarakat tempatan.
Petempatan orang Arab: Chang Chow, Chuan Chow dan Kwang Chow (Canton).

Dinasti Tang (618 - 905 M)
Mengikut catatan, sebanyak 37 utusan diterima dari kerajaan Islam.
878 M, terdapat 120,000 orang asing - kebanyakan orang asing (Arab) beragama Islam.
Dicatatkan, orang Arab dikenali sebagai Hui Hui atau Ta-Shih oleh orang China.

Dinasti Sung (960 - 1279 M)

Aktiviti perdagangan Arab dengan China semakin meluas.
Pedagang asing ini dibenarkan membuat perkampungan sendiri dan menjalankan perdagangan secara bebas - manarik
ramai pedagang Islam.
Keadaan ini memesatkan lagi penyebaran agama Islam di China.

Dinasti Yuan (1127 - 1368 M)
Para ilmuan dari Asia Barat dibawa masuk ke China untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli
sains dan sebagainya.
Semasa Kublai Khan - 12 orang panglima beragama Islam.
Abdul Rahman - pentadbir Dinasti Yuan yang beragama Islam menjadi Ketua Pemungut Cukai dan mengendalikan
urusan kewangan negara.
Syeid Ajall berasal dari Bukham menjadi Menteri Kewangan (1259), Gabenor Yunnan (digantikan oleh anaknya
Nasruddin kemudiannya).
Alauddin al-Mufari dan Ismail as-Syam mahir mambuat senjata meriam. Alauddin menjadi Wakil Panglima dan Ismail
menjadi Ketua Penyelia Kilang Meriam.
Jamaludin - tokoh sains dan astronomi Islam. Telah mencipta Wan-nien-li.
Mengikut Ibn Battutah - setiap perkampungan Islam di China ada masjid. Di Canton, jumlah orang Islam besar, terdiri
daripada Arab, India, Parsi - disini terdapat Kadi dan Mufti. Terdapat institusi pengajian agama, contoh Zawiyah di pinggir
Canton dan Chang-an. Ulama besar: Fuqaha-al-Mu'azzam Maulana Qawamuddin al-Sibti.


Dinasti Ming (1368 - 1644 M)
Merupakan dinasti Islam yang paling terkenal di China dan ia ditadbir oleh orang China beragama Islam.
Terdapat pandangan juga bahawa Dinasti Ming mengamalkan agama Buddha dan Taoism.
Maharaja pertama - Chu Yuan Chang - Maharaja Huang Chu.
Baginda dikatakan membentuk jawatankuasa tentera yang dianggotai oleh orang Islam dan mendirikan sebuah masjid
jamik di Nanking.
Baginda pernah menghasilkan sebuah puisi memuji Nabi Muhammad dan keagungan Islam dan sajak itu dipahat pada
dinding masjid yang dibinanya.
Orang China Islam dikenali sebagai Hui Hui Kaomen atau Hui Hui Kiao.
Perkembangan Islam di China sampai ke kemuncak pada masa ini - Bukti: Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid.
Tokoh China Islam adalah seperti Ma Cha-Yehe (ahli astronomi), Laksamana Cheng Ho dan sebagainya.
Tembikar China yang masyhur, Ming-Ts'ing dan Kang-Ts'ing merupakan hasil ciptaan orang Islam Yunnan - mereka
dipanggil Han Hui.
Beberapa buah madrasah dan universiti juga ditubuhkan.

Dinasti Ching (1644 - 1911 M)

Kerajaan ini memusuhi orang Islam, khususnya yang berketurunan bukan China.
Justeru itu, banyak pemberontakan berlaku seperti di Sin Kiang, Kan Su, Yunnan dan Shensi menyebabkan 11 juta orang

MASYARAKAT ISLAM DI INDIA

Pengenalan
Di kalangan masyarakat Arab, India dikenali sebagai Sind atau Hind. Sebelum kedatangan Islam, India telah pun mempunyai
hubungan perdagangan dengan masyarakat Arab. Apabila Islam hadir, hubungan perdagangan antara India dan Arab masih
diteruskan. Kawasan-kawasan pantai termasuk Lautan Hindi telah menjadi sasaran para pendakwah untuk menyebarkan agama Islam.

Perkembangan Awal Agama Islam di India
Islam mula tiba di India pada kurun ke-7 M.

636-637 M, tentera Islam cuba menawan Thana - gagal.

634 M, tentera Islam menyerang India - dipimpin oleh Abdullah Bin Amir - berjaya menawan sebahagian besar Lembah
Hind.

Zaman Muawiyah Bin Abu Sufian - menawan Kabul dan Lahore.

Zaman Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik - menembusi benteng pertahanan India.

712 M, Muhammad Bin al-Qasim menawan Daibul dan meruntuhkan beberapa buah kuil Hindu dan Buddha dan
mendirikan sebuah masjid.

Kemudian, beliau dilantik menjadi Gabenor wilayah Multan.

Ramai orang menyambut ketibaan tentera Islam seperti puak Jat dan Med.

Beliau:
(a) membebaskan orang yang tidak menentang atau tidak terlibat dalam perang;
(b) menjamin keselamatan harta benda dan nyawa penduduk;
(c) mengenakan jizyah terhadap bukan Islam; dan (d) menjamin tidak meruntuhkan kuil dan gereja kalau mematuhi pemerintahan Islam.

Ramai rakyat dari golongan Brahmin telah dilantik untuk menjawat jawatan tinggi.

Perkembangan Islam terbantut apabila Muhammad Bin al-Qasim diperintah pulang oleh Khalifah Bani Umayyah.

Kerajaan Ghaznawi
Zaman Mahmud Ghaznawi, Punjab menjadi daerah Islam.

Penaklukan Punjab menamatkan ancaman lanun terhadap pedagang Islam, menamatkan ancaman raja Hindu terhadap Kerajaan Bani Umayyah.

Kalinjar, Lahoer, Gwalior, Kanauj, Delhi dan Ajmer diserah semula kepada penduduk tempatan untuk meneruskan pemerintahan mereka.

Masyarakat Hindu tidak tertindas, malah ada yang dilantik menjawat jawatan penting. Misalnya, Tilak seorang jeneral
beragama Hindu dilantik sebagai pemerintah wilayah Punjab.

Kerajaan Ghori
Muhammad al-Ghori menakluk semula wilayah yang membebaskan diri semasa Kerajaan Ghaznawi.

Setiap wilayah ditinggalkan seorang wakil untuk memerintah mangikut lunas Islam.

Pembesar Hindu tidak dibenarkan mengendalikan pentadbiran daerah.

Setelah kemangkatan Muhammad al-Ghori - Kerajaan Ghori mulai berpecah-belah.


Kesultanan Delhi

Terdiri daripada Kerajaan Mamluk, Dinasti Tughluq, Dinasti Khalji, Dinasti Lodi, Dinasti Suri, Dinasti Syeid - Delhi
menjadi pusat pemerintahan.

Dinasti Mamluk diasaskan oleh Qutbuddin Aibek (bekas hamba Muhammad al-Ghori) - seorang yang tegas dan adil -
seorang pemurah (sehingga digelar Laksh-Baksh).

Dinasti Mamluk berakhir pada zaman Ghiyasuddin Balban - beliau berjaya membentuk dan membangunkan masyarakat
bertamadun.

Alauddin Khilji - pemerintah terkenal Dinasti Khilji.

Baginda bercita-cita menakluki dunia seperti Iskandar Zulkarnain.

Mengenai projek ini - baginda memerintah agar perkataan Iskandar kedua ditulis pada mata wang negara.

Atas nasihat Allu Muluk, niatnya dihentikan - baginda dinasihati supaya memberi perhatian dalam pentadbiran negara,
meneruskan usaha menewaskan raja Hindu yang belum tunduk kepada Delhi.

Atas nasihat ini, baginda mula
(a) mengharamkan penjualan minuman keras;
(b) mengawal perkahwinan antara pembesar;
(c) mengharamkan perhimpunan pembesar tanpa kebenaran Wazir; dan (d) memaksa memulangkan cukai yang dikutip kepada penduduk terhadap Zamindar.

Pada zaman ini, kegiatan perdagangan dijalankan di kawasan Teluk Benggala sehingga Pergunungan Kabul dan dari
Tulingana ke Kashmir.

Kerajaan Moghul

Akbar

Pemerintah ke-3 Kerajaan Moghul.

Seorang yang mengamalkan dasar liberal.

Beliau;
(a) mengasingkan hal ehwal pentadbiran dengan agama;
(b) menghapuskan perbezaan yang berasaskan agama dan bangsa;
(c) semua rakyat diberi hak sama rata sama ada menganut Islam atau tidak; dan
(d) amalan perhambaan dihapuskan - mendapat sokongan politik daripada semua rakyat.

Beliau menggalakkan perkahwinan politik di antara kerabatnya dengan kerabat diraja Hindu, misalnya baginda sendiri
mengahwini puteri Raja Rajputna - mereka masing-masing boleh mengamalkan agama asal setelah berkahwin.

Semua rakyat dibenarkan untuk memegang jawatan kerajaan, misalnya Todal Mal menjadi panglima dan bendahari; Man
Singh menjadi panglima juga dan gabenor.

Baginda berusaha segera menghapuskan pemerontakan yang boleh mengapikan isu perkauman dan keagamaan.

Bahasa Arab - bahasa agama.

Bahasa Turki - untuk bangsawan

Bahasa Parsi - bahasa istana dan kesusasteraan

Bahasa lain seperti Urdu (gabungan Arab, Parsi dan Hindi) dipopularkan.

Kolej dan sekolah ditubuhkan - kurikulum pendidikan digubal.

Rakyat miskin diberi pendidikan percuma.

Undang-undang digubal bagi membolehkan orang bukan Islam memasuki sekolah khas untuk orang Islam.

Pendidikan wanita juga diberi perhatian.

Undang-undang perkahwinan diperkenalkan (a) umur berkahwin - lelaki 16 keatas dan perempuan 14 keatas; (b)
perkahwinan mesti dilangsungkan atas persetujuan kedua-dua mempelai; (c) mahar yang tinggi dilarang; dan (d) perkahwinan
poligami dilarang (berkahwin campur digalakkan dalam masyarakat majmuk).

Baginda melarang adat sati, tidak menggalakkan para janda berkahwin lagi dan melarang berkhatan bagi kanak-kanak di
bawah umur 12 tahun.

Dari segi agama, semua rakyat bebas beragama, agama bukan ukuran kedudukan.

Baginda juga memperkenalkan agama baru - Din Illahi (1581 M).

Din Illahi - gabungan Islam, Hindu, Kristian dan Zoroster. Melakukan pemujaan Tuhan dari semua agama utama di India.

Ciri-ciri:
(a) sebutkan Allahu-akbar dan jalla jalaluh ketika bertemu dengan rakan; (
b) jamuan mengingati arwah yang mati sekali seumur hidup;
(c) menahan diri memakan daging;
(d) tidak menaiki kenderaan sesama tukang sembelih, nelayan atau penangkap burung;
(e) tidak boleh mengadakan hubungan jenis dengan wanita hamil, tua, mandul, gadis bawah umur;
(f) tidak boleh berkelakuan mengikut hawa nafsu; dan
(g) dilarang menyalahguna kuasa, tipu, mengumpat, berlaku zalim, memeras ugut, bermegah diri.

Usaha Akbar mempopularkan agama Din Illahi telah menjejaskan perkembangan Islam. Contoh: hari beribadat ditetapkan
pada hari Ahab sahaja, jizyah terhadap orang bulan Islam turut dihapuskan.

Akbar turut menghapuskan kira-kira 80 jenis cukai bagi meringankan golongan miskin, antaranya cukai pasar, cukai tanah dan sebagainya.

Baginda telah memberi bantuan kepada mangsa kemarau.

Bagi mengatasi pengemis, pusat orang miskin didirikan di Khaipura (Islam) dan Pharmapura (Hindu).

Kalendar Islam turut dihapuskan.
82

Aurangzeb
Baginda cuba mengembalikan kedaulatan umat Islam.

Dari segi sosial, banyak surau dan masjid dibina bagi menggalakkan solat berjemaah, orang Islam dibenarkan berkahwin secara poligami, orang Islam dibenar menyembelih lembu dan orang bukan Islam dikenakan jizyah.

Dari segi politik, orang bukan Islam dihadkan memegang jawatan penting.

Dari segi ekonomi, aktiviti pertanian digalakkan.

MASYARAKAT ISLAM DI EROPAH

Pengenalan
Masyarakat Islam Sepanyol (Andalus) mewakili masyarakat Islam Eropah kerana di situlah terdapatnya Masyarakat Islam di benua
Eropah. Terdapat pelbagai kaum di sini seperti Barbar, Arab, Muwalladun dan Mozarab. Selain masyarakat Islam Sepanyol,
masyarakat Islam Sicily juga penting peranannya di benua Eropah.

Kaum di Masyarakat Islam Sepanyol

Barbar
Kebanyakan beragama Islam dan bukan kaum berpindah-randah
Majoritinya tinggal di desa bekerja sebagai buruh dan petani
Hanya sedikit yang tinggal di bandar bekerja sebagai tukang tangan
Nenek moyang mereka merupakan pejuang Islam yang membuka negeri Sepanyol
Mereka datang ke Sepanyol kerana mencari penghidupan baru
Mereka bergabung dengan orang Arab bagi menghadapi penentangan orang Kristian

Arab
Bilangannya kecil tetapi berpengaruh kerana merupakan golongan pemerintah
Pengaruhnya tersebar dalam bidang politik, kebudayaan dan peradaban
Memiliki ladang-ladang besar dengan hasil yang lumayan
Pada mulanya, kaum Mawali bertuankan Arab
Selepas itu, puak Mawali telah berasimilasi dengan orang Arab dan bersemangat Arab

Muwalladun
Kaum Muslimin dari keturunan bangsa Sepanyol
Lebih ramai daripada kaum Arab
Dengan perkahwinan dengan kaum Arab, permisahan antara mereka lama makin lenyap sehingga ada yang mengaku
keturunan Arab
Faktor mendorong bangsa Sepanyol memeluk Islam ialah perasaan bangga terhadap agama baru yang dianuti

Mozarab
Orang Kristian yang tinggal di Sepanyol dan bernaung di bawah pemerintahan Islam
Tinggal di luar bandar dan bandar
Bertutur mengikut loghat Rom
Bagi yang terpelajar: boleh menulis dan bertutur Bahasa Arab dengan baik
Ada di antara mereka sangat terpesona dengan kebudayaan Islam manakala ada yang begitu fanatik terhadap bangsa dan agama mereka
Bagi golongan yang bergitu fanatik terhadap bangsanya, mereka menyokong gerakan yang dilancarkan oleh Ibn Hafsun
yang dikatakan beragama Islam dan cuba memperjuangkan kepentingan bangsa Sepanyol. Ada juga yang berhijrah ke negeri
Kristian di Utara Sepanyol.

Yahudi dan Hamba
Puak Yahudi tidak ramai - mempunyai sumbangan dalam bidang intelektual
Hamba terdiri daripada dua iaitu puak Negro dan puak Saqalibah (Slav) termasuk puak Frank dan Utara Sepanyol
Puak Saqalibah sangat berpengaruh dan bilangannya ramai - berkhidmat di istana dan menjadi tentera upahan - menjad
berpengaruh dalam politik selepas memeluk Islam

Perkembangan Masyarakat Islam di Sepanyol

Pemerintahan Muluk al-Tawa'if (raja-raja puak) terbahagi kepada 3 puak besar - Barbar, Saqalibah dan lain-lain (bangsa
Arab dan Sepanyol)

Setiap puak mementingkan kepentingan sendiri sahaja

Mereka mengamalkan dasar agresif yang mengorbankan jiran tetangga

Matlamat mereka: mencapai kemenangan walaupun dibantu oleh puak Kristian

Perpecahan ini memberi peluang kepada orang Kristian di Utara untuk mengukuhkan kedudukan mereka

Kini, Kerajaan Muluk al-Tawa'if yang membayar ufti kepada orang Kristian

Semasa Alfonso IV, baginda menerima ufti dari pemimpin Muluk al-Tawa'if seperti Seville.

1085 M, Toledo jatuh ke tangan Alfonso IV - kemudian menjadi tapak kuat tentera Kristian bagi melancarkan gerakan
Reconquista, penawanan semula Sepanyol oleh orang Kristian

Kaum di Masyarakat Islam Sicily

Arab
Golongan elit - mereka menganggap golongan lain sebagai masyarakat kelas kedua

Barbar
Kaum majoriti - berasal dari keturunan Barbar yang tinggal di Afrika Utara
Sering diperalatkan oleh Kaum Arab
Kebanyakan menganut Mazhab Maliki

Penduduk Tempatan
Menyamai golongan Muwalladun di Sepanyol

Perkembangan Masyarakat Islam di Sicily

Semasa zaman Fatimiyah, penduduk Islam tertumpu ke kawasan Val di Mazara manakala orang Kristian tertumpu ke kawasan Val Demone

Semasa zaman pemerintahan Bani Kalb, penduduk Islam tertumpu ke kawasan Val Demone yang majoriti penduduknya beragama Kristian

Pihak pemerintah Bani Kalb cuba menyebarkan agama Islam di Val Demone tetapi kurang berjaya

Penduduk Islam pada zaman Bani Kalb semakin bertambah dengan penghijrahan penduduk Islam dari Afrika Utara

Sebab penghijrhan: kedudukan ekonomi, wabak penyakit pada tahun 1004-1005 M yang merebak di Tunisia (Ifriqiya)

Pada zaman Bani Kalb, pengaruh Mazhab Sunni lebih menonjol - banyak kitab teologi mazhab Sunni dihasilkan

Bagi pemerintah Bani Kalb, mereka dikatakan menganut Mazhab Syi'ah

Thursday, August 20, 2009

Masyarakat Islam di Filipina

Masyarakat Islam di Filipina biasanya dikenali sebagai masyarakat Moro.

Kedatangan Islam ke Filipina bermula dari Sulu. (abad ke-13, Tuan Mashaika dan Tuan Maqbalu; 1380 - Karim al Makhdum; abad ke-15, Raja Baguinda; Kesultanan Sulu didirikan - raja pertama: Sayyid Abu Bakar; Apabila Raja Baguinda mangkat, Abu Bakar mengangkat dirinya menjadi Sultan Sulu; dari sini, Islam tersebar ke Maguindanao (Mindanao) pada 1460M hasil dakwahan Sharif Awliya dan Sharif Maraja.

1515 M, Sharif Muhammad Kabungsuan (Arab dari Johor) berkahwin dengan Tonina, Puteri Cotabato - bermulanya sejarah kesultanan Islam di Filipina.

Islam tersebar ke Manila - kerajaan Islam Manila ditubuhkan.

Kerajaan ini tidak bertahan lama disebabkan oleh serangan Sepanyol - kerajaan ini runtuh.

Dengan itu, pendudukan Islam di Pulau Luzon tamat.

Kemudian, Sepanyol sampai ke Manila pada 1566 M dan serangan dibuat ke atas Mindanao. Sejak itu, peperangan sering berlaku antara orang Islam dan Sepanyol.

Masyarakat Islam di Pattani

Islam sampai ke Pattani pada abad ke-10 atau 11 M.

Selapas 300 tahun, barulah golongan bangsawan memeluk Islam.

1457 M, Raja Pattani memeluk Islam - gelaran Sultan Ismail Syah - sejak itu, agama Islam tersebar luas.

Pattani yang dimaksudkan termasuk Naratiwath, Yala dan sebahagian Songkhla - namanya diambil daripada nama Pak Tani.

Masyarkat Islam Pattani bertutur dalam Bahasa Melayu.

MASYARAKAT ISLAM DI NUSANTARA

Pengenalan
Sebelum kedatangan Islam di Nusantara, masyarakat di sini dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Kepercayaan mereka diselaputi oleh unsur-unsur Hindu-Buddha. Selepas kedatangan agama Islam, masyarakat di sini masih tidak dapat meninggalkan amalan awal
mereka. Walaupun mereka telah menganuti agama Islam, tetapi masih terdapat amalan seharian mereka yang membawa unsur Hindu-Buddha.

Masyarakat Islam di Melaka

Terdiri daripada penduduk pribumi, Cina, India, Parsi dan sebagainya.

Orang Melayu menjadi teras pembentukan Kerajaan Melaka - memainkan peranan penting dalam politik, ekonomi dan
sosial.

Sebanyak 84 bahasa dipertuturkan tetapi Bahasa Melayu sahaja menjadi bahasa lingua franca.

Pengelasan Masyarakat
Akibat kemunculan beberapa institusi pentadbiran dan kebudayaan.
Tujuan: mengawal dan menjaga nilai, norma dan sistem masyarakat yang sedia ada.

Kelas pemerintah
: (1) Raja - Khalifatullah fi al-ard (Khalifah Allah di dunia), memakai gelaran Sultan atau Yang
Dipertuan, Menduduki hierarki pentadbiran yang tertinggi, baginda mempunyai daulat - bergantung kepada kekuatan rohaniyah
dan jasmaniyah; (2) Pembesar - terdiri daripada bangsawan, bergelar menteri, orang kaya dan Dato'.

Kelas diperintah: Rakyat dan hamba.
Di antara kedua-dua kelas ini ada alim ulama dan saudagar/pedagang.

Hukuman
Setiap golongn itu adalah berbeza.
Jelas dilihat dalam Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka.
Undang-undang untuk hamba berbeza dengan undang-undang untuk golongan merdeka.

Demografi Penduduk
Raja dan kerabatnya - di atas bukit - kawasan yang strategik dari segi keselamatan dan pertahanan.
Pembesar - lereng bukit mengikut kumpulan.
Rakyat - kaki bukit.
Orang laut - tepi pantai atau sungai.

Sistem Masyarakat
Berasaskan konsep kesedaran kelas - terbentuk undang-undang Temenggung.
Mengikut undang-undang ini, semakin tinggi taraf dan status sosial, semakin luas bidang kuasa dan boleh juga terlepas
dari hukuman.
Perbezaan status dapat dilihat pada protokol istana. Sebagai contoh, dalam istana menjunjung duli, menteri dan pembesar
didahulukan, kemudian bentara, sida-sida dan seterusnya. Penggunaan bahasa seperti beta, santap oleh raja; patik, tuanku oleh
pembesar dan rakyat.
Berasaskan sistem ini, wujud lagi konsep daulat dan derhaka.
84

Konsep daulta (sovereignty) - kuasa halus yang hanya dimiliki oleh raja dan kata-kata raja menjadi undang-undang tanpa
banyak budi bicara.

Konsep derhaka - sebarang tentangan terhadap raja dianggap derhaka dan akan menerima padah seperti hukuman bunuh.
Kedudukan sosial juga mempengaruhi bentuk hukuman yang diterimanya - semakin tinggi kedudukannya, semakin besar
peluangnya terlepas daripada hukuman; semakin rendah kedudukannya, hukumannya lebih berat.

Adat-istiadat dan Peraturan
Bercanggah dengan ajaran Islam.
Dalam Islam, perbezaan darjat disebabkan oleh ketakwaan dan amal salihnya dan bukannya keturunan.
Walau bagaimanapun, masih terdapat adat yang selaras dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, hukuman rejam kerana
berzina, potong tangan kerana mencuri.
Adat-istiadat yang berunsur Islam juga dipraktiskan, contohnya menyambut bulan Ramadan, Hari Raya Puasa dan
sebagainya.

Masyarakat Islam di Jawa

Tarikh kedatangan Islam ke Jawa tidak dapat ditentukan.

Pihak sejarahwan Indonesia percaya bahawa Islam datang ke Jawa melalui pedagang-pedagang - mereka berasimilasi
dengan penduduk tempatan dan mengembangkan agama ini melalui perkahwinan.

Dipercayai juga agama Islam sampai ke Indonesia di bawa oleh Maulana Malik Ibrahim.

Beliau datang ke Jawa pada 1416 M.

Beliau merupakan salah seorang Wali Songo atau Wali Sembilan.

Wali Songo ini mempunyai kebolehan luar biasa dan kesaktian yang tiada tandingan.

Wali Songo ini telah diangkat sebagai ketua dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam.

Pada zaman Wali Songo, unsur Islam hanya diserap masuk dalam wayang kulit, gamelan dan sebagainya.